Thursday, October 8, 2009

KATA-KATA SEMANGAT UNTUK SEMUA

ku meminta kepada ALLAH setangkai bunga yang segar...
Dia berikan kaktus yang berduri...
aku minta kupu-kupu...
diberinya ulat berbulu...
aku sedih dan kecewa...
namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik...
itulah jalan ALLAH yang indah pada masanya..ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan tapi Dia memberi apa yang kita perlukan...
kadang-kala kita sedih dan kecewa dan terluka tetapi jauh di atas segalanya dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..ALLAH HU RABBI~

Wednesday, October 7, 2009

CALON PMR AMBIL UJIAN DI BILIK KUARANTIN H1N1

Oleh Johan Afandi dan Tuan Nazuri Tuan Ismailbhnews@bharian.com.my

Calon PMR ambil ujian di bilik kuarantin H1N1

JOHOR BAHRU: Seramai 75 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 di sini, terpaksa menduduki peperiksaan di bilik kuarantin H1N1 dalam keadaan tidak selesa selepas dewan sekolah itu terbakar, awal pagi semalam, dipercayai akibat perbuatan khianat seorang pelajar.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran, berkata kebakaran itu disedari seorang pengawas peperiksaan yang tiba di sekolah itu, jam 6.25 pagi dan ketika itu api sudah hampir padam.

"Kejadian dipercayai perbuatan khianat pelajar yang mungkin tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan sekolah kerana guru terbabit sempat melihat kelibat seseorang melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya ketika mengadakan lawatan ke sekolah itu.

Dalam kejadian itu, sebahagian kecil dewan berkenaan, termasuk beberapa kerusi dan meja, rosak. Ini adalah kejadian kedua di sekolah berkenaan dan kali pertama ia berlaku, dua tahun lalu.

Markom berkata, laporan polis dibuat sejurus selepas kejadian itu dan kerugian dianggar RM20,000.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Meskam Masbor, berkata kejadian itu menjejaskan keselesaan calon PMR kerana ruang di tingkat satu dewan peperiksaan berkenaan terpaksa ditutup bagi kerja membaik pulih dijalankan.

"Dewan ini adalah bangunan baru sekolah dan ia digunakan kali kedua selepas peperiksaan percubaan PMR yang berlangsung, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi, semalam tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat.

"Memang, kita ada mendapat maklumat bahawa ada saksi melihat individu mencurigakan dilihat di tempat kejadian sejurus selepas kebakaran itu berlaku.

"Kita sudah memanggil Unit Forensik bagi membuat siasatan dan akan turut mendapatkan bantuan pihak Bomba dan Penyelamat bagi mengesahkan sama ada kebakaran dewan itu berpunca daripada perbuatan khianat atau tidak," katanya sambil menambah tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

Sementara itu, di KLANG, guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Andalas gempar seketika apabila menerima panggilan bom palsu, kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata panggilan bom palsu itu diterima oleh kerani sekolah dan pihaknya menghantar pasukan Unit Pemusnah Bom dan disahkan bahawa ia adalah panggilan palsu sejam selepas membuat pemeriksaan secara berhemah.

Pemeriksaan dijalankan secara berhemah untuk tidak mendatangkan ketakutan dan keresahan kepada calon yang menduduki PMR," katanya dan tidak menolak panggilan palsu berkenaan dibuat bagi mengganggu kelancaran perjalanan peperiksaan itu.

Apa nak jadi dengan PELAJAR-PELAJAR sekarang ni ????
Sekolah pun dia nak bakar.
Lama-lama nanti cikgu pulak yang dia bakar.
Wahai pelajar ingatlah bahawa tanpa pendidikan kamu semua tak akan ke mana- mana.
Hormatilah guru kamu sebab mereka adalah golongan yang memberikan kamu ilmu.
Ingatlah tanpa guru siapalah kamu dan siapalah saya.

Hari Raya 4 Oktober 2009

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

































Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Raya ini merupakan raya terakhir kami semua beraya bersama sebab lepas ni semua dah bawa haluan masing-masing dah. Tak tau lah kan bile boleh jumpa lagi, beraya bersama. Mesti saat-saat macam ni akan sentiasa dirindui dan diingati bile tiba raya akan dapat. All my friends i hope you all dont forget about it. Salam.







Saturday, October 3, 2009

Adab Tidur

Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:
Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.

1) Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.

2) Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.

3) Tidur dalam keadaan suci.

4) Tidur dalam keadaan berwuduk.

5) Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.

6) Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).

7) Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: "Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.

8) Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.

9) Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.

FOREVER.........
















JALAN JALAN CARI PENAT






















SUKSIS USM
























































Anak Merdeka....




















Sunday, September 13, 2009

Cerpen: Mulakan yang terhenti

Cerpen cinta ini telah disampaikan oleh saudari Eira Riena

Sejarah silam tidak dapat aku lupakan. Roy telah meracuni hidup aku. Adakah lelaki itu semua jahat dan kejam? Adakah kaum wanita sering menjadi mangsa. Mungkin salah kaum wanita kerana tidak berfikir menggunakan akal. Tetapi kenapa kaum lelaki sering melukai kaum wanita. Apakah mereka tidak mengetahui pahala dan dosa? Andai kata nasib sepertiku menimpa kepada ahli keluarga lelaki tersebut,bagaimana? Mengapa mereka tidak berfikir begitu?

Patutkah kaum wanita ditindas dengan begitu kejam? Merosakkan gadis-gadis yang wujud di muka bumi Tuhan…? Ah..! nasi sudah jadi bubur. Wanita insan lemah. Namun aku teruskan hidup dan jadikan kisah itu terpendam dengan dalam dan sebagai pengajaran.

Hari-hari aku seakan-akan gelap. Aku tidak dapat melihat dunia ini memiliki cahaya. Oh Tuhan, berikanlah aku sinar cahaya dan hidayahmu. Aku meneruskan perjuangan aku untuk terus hidup. Membina hidup baru dengan lebih bermakna. Lelaki? Aku tidak mahu memikirkannya lagi. Mungkin lebih aman aku hidup begini. Tidak perlu memikirkan masalah lain.

Aku sering ke pantai apabila mempunyai masa lapang. Di situ aku sering kenangkan kembali kisah-kisah silam yang aku memang tidak mampu lupakan. Petang itu angin bertiup kencang. Tudung yang aku simpulkan dengan gaya ala-ala wardina ditiup angin mengikut rentak tiupan angin. Sapu tangan yang seringku bawa sentiasa di dalam peganganku. Sejak di bangku sekolah aku memamg gemar membawa sapu tangan. Mungkin aku mudah tersentuh dan menitiskan air mata di mana-mana. Sebab itu sapu tangan sentiasa berada dalam peganganku.

Angin yang kencang itu telah membuatkan sapu tangan aku itu terlepas dari peganganku. Aku berlari untuk mendapatkannya. Tiba-tiba aku tersungkur kerana terpijak kain baju kurung yang aku sarungkan ke tubuhku. Kelihatan sepasang kaki sedang berdiri di depanku. Ah! Malunyaaa….!! Aku cepat-cepat membetulkan kedudukan aku.

“Jauhnya lari? Nah, sapu tangan awak” entah siapa gerangannya memulangkan sapu tangan aku tersebut.

“Terima kasih….” Aku mengucapkan dengan penuh ikhlas sambil tertanya-tanya siapakan jejaka kacak yang ala-ala ‘Chinese look’ itu. Fasih pula dia cakap Melayu.

“Just call me Daus….” Laki itu memperkenalkan dirinya tanpa disuruh.
“Firdaus?” Aku menyoal kembali.

“Wah, pandai juga awak meneka nama saya ye?” Lelaki itu seolah-olah memerliku.
“la… Melayu ke… Aku ingat Cina tadi” Bisik hati kecilku.

Aku terbaring di atas katil yang empuk di dalam bilikku. “Just call me Daus” Tiba-tiba aku tersentak. La…mimpi rupa-rupanya. Aku terus bangkit dari katil dan bersiap untuk ke pejabat. Hari itu aku ada ‘meeting’ dengan klien dari China berkenaan dengan lukisan grafik yang telah menarik perhatianku untuk menjadikan syarikatnya sebagai salah satu syarikat kongsi di syarikat aku.

Setibanya di bilik mesyuarat semua ahli lembaga sudah bersedia. Tiba-tiba mataku memandang tepat ke wajah seorang lelaki dengan penuh terkejut. Setelah habis mesyuarat tersebut aku bertemu dengan jejaka itu.

“Have we meet this before?” aku menyoalnya.

“Rasanya ini pertemuan kita yang pertama Encik Farina” kenapa muka laki ni macam muka laki dalam mimpi aku huh? Pelik-pelik…

“Terima kasih kerana sudi menjadi salah satu rakan kongsi di syarikat kami Encik Firdaus…” eh,apasal aku panggil dia Firdaus…?

“Rasanya saya tidak bagi tahu nama saya lagi. Macam mana Encik Farina tahu ye?” Tanya Firdaus kehairanan.

“Oh, tadi assistant saya bagi tahu” Aku mencari alasan untuk menetupi ‘kesalahan’ aku itu.
Sekali lagi insan bergelar lelaki muncul dalam hidupku saat itu. Sejak hari itu kami menjadi mesra. Mungkin kerana aku telah melantik dia sebagai pereka grafik di syarikat aku.

“Aku ingin menjadi pasangan hidupmu, Rina….” Setelah 2 tahun kami bekerja di bawah bumbung yang sama Firdaus melafazkannya.

“Maaf Fir, aku tak mahu dilukai sekali lagi. Dan engkau pasti menyesal memilihku untuk menjadi temanmu”. Entah kenapa dengan tenang aku menerangkannya dan terasa hangat air mataku membasahi pipiku.

“Rina, aku dipertemukan dengan kau bukan kerana aku ingin bertemu dengan kau. Tetapi semua ini telah ditentukan oleh Tuhan, Rina”

“Tapi Fir, kau tak faham!” Tiba-tiba suaraku meninggi dan Firdaus memandang tepat ke anak mataku dengan penuh serius.

“Apa yang aku tidak faham tentang kau Rina? Kenapa? Kau masih teringat kisah silam kau? Lupakan Rina… Past is past… How about your future?”

Hah! Apa yang dia tahu tentang kisah silam aku?

“Sejak pertama kali aku melihat kau hanya satu yang bermain dalam fikiran aku. Kau milikku…”
“Apa maksud kau Fir?”

“Roy… dia bukan sengaja meninggalkan kau begitu Rina, Roy tu abang sepupu aku. Aku tahu segala-galanya tentang kalian. Sebelum Roy memejamkan matanya dia berpesan kepadaku untuk mencari kau. Dia amat menyayangi kau Rina. Teramat sangat. Dia memohon maaf darimu kerana tidak dapat menjadikan kau teman hidup semati dengannya”

“Tapi kenapa Fir? Kenapa baru sekarang kau bagi tahu aku? Apa dah jadi dengan Roy?” Hatiku menjadi resah.

“Roy menghidap barah hati. Dia terpaksa menghilangkan diri. Dia tidak mahu kau mengetahui kesakitan yang dialaminya kerana dia amat menyayangi kau dan dia berpesan kepadaku untuk menjaga kau, Rina”

Ya, Allah… ampunkan la dosaku kerana telah menyalah anggap tentang orang yang pernah mendiami dalam hatiku ini. Cucuri rahmat ke atas rohnya”

Sejak hari itu aku mula rasa tenang menjalani kehidupan seharian aku. Roy, kau sungguh baik sekali. Semoga kau tergolong dalam golongan yang mulia ye. Harap-harap kita akan bertemu lagi dan memulakan apa yang telah terhenti suatu ketika dahulu. I love you!”

Cerpen: Dia , Aku dan ...............

EPISODE 1

“Next station, maluri,” kedengaran pengumuman destinasi yang bakal tiba. Beberapa pengguna star LRT sudah bersiap-siap untuk turun. Seorang gadis yg asyik membaca novel sambil mendengar lagu dari hpnya turut bersiap sedia. Menutup novelnya, memasukkn ke dalam beg sandang putihnya. Earphone masih di telinga. Tiba di stesyen Maluri, mereka turun. Matanya masih ralit memandang si gadis. Telefon bimbitnya berbunyi.

“Apa hal pagi-pagi kau dh kacau aku ni?,” soalnya sebaik terdengar suara Naim. Betul-betul mengganggu kosentrasi. Cuci mata pagi-pagi! Pagi yg indah seharusnya memandang sesuatu yg indah-indah jugak. Ceh!

“Sorry la kawan. Ni aku nak pesan kt hang ni Hafiz, tolong beli nasi lemak sebelum hang naik opis, aku tak sempat. Dok jam lg ni,” simpati pulak dengar suara Naim stress pagi ni.

“Ya lah,” talian di matikan. Dia pun selalu menerima nasib seperti Naim. Mujur keretanya rosak minggu lepas. Terpaksa la menapak naik LRT. Tapi terus pulak terlekat naik kenderaan awam itu. Tak payah nak pening kepala dia meredah sesak jalanraya yg sering menguji kesabarannya. Tetapi sebetulnya, dia suka sgt naik LRT pagi-pagi macam ni. Asyik tak sabar je nk tengok wajah gadis tadi. Setiap hari selama semingu ni dia asyik menatap wajah gadis yg asyik dengan novel dan earphonenya. Dia bagai disuntik semangat baru setiap pagi tatkala memandang wajah gadis itu.

“Amboi! Awat dok sengih sorang-sorang ni? Hang dh sewel ka? Satgi aku boh nama hang dalam senarai baru hang tau,” Naim muncul dari balik pintu. Merenung wajahnya yg tersengih-sengih macam orang tak cukup skru. Mamat ni selalu aja muncul saat hatinya sedang bergumbira.
“Kau ni, lain kali bagi la salam, main redah aja,” sengih sumbingnya macam kerang busuk tadi sudah hilang di bawa deru air cond. Matanya terarah pada skrin komputer lcd samsung.

“Sorry ,sorry. Ni aku nak bagitau hang ni, lepas lunch hour datuk Azmi nak mai. Dia ada discussion dengan kita. Aku segan nak suruh Lina buat memo. Lambat. Asyik dok ngadap cermin dari tengok skrin. Meluat aku,” bicaranya pekat dengan loghat utara yang tidak boleh di kikis lagi. Awal-awal perkenalan dulu, dia rasa macam nak tergelak dengan Naim. Lawak sangat loghatnya tu. Dia kata dia tak suka hipokrit. Herot mulutnya nk cakap loghat KL. Tetapi dia suka dengan Naim. Dia rajin walaupun mulutnya bising macam bertih jagung.

“Macam-macam la kau ni. Weh! Petang ni kau free tak?,” wajah hitam manis Naim di renungnya.

“Petang ni? Em… sat aku nak pikiaq,” dia buat-buat letak lengan di dahi. Konon la tu. Action lebih. Hafiz sekadar senyum sumbing.

“Hai.. cepat la. Lebih dari agenda datuk Najib la kau ni,” Hafiz menggesa. Rimas melihat aksi Naim yg sengaja di buat-buat.

“Ok! Aku free kot. Awat hang nak ajak aku p mana? Clubbing ka?,” senyumnya merekah.
“Please la. Mana aku clubbing macam hang!,” dia meningkah. Memang dia tidak suka dengan gaya hidup seperti itu. Biarpun dia lahir dan dibesarkan di kota besar ini, tetapi dia tidak gemar aktiviti macam mat saleh tu. Ibu dan ayah kan sudah memberikan bekalan yg cukup untuk dia. sudah diajarnya yg mana elok dan tak elok. Pernah sekali dia mengikut Naim ke kelab di Jalan P. Ramlee yg bercambah. Masuk ke dalam kelab yg lampu kelam-kelam pun sudah buat dia pening. Inikan pula nak terkinja-kinja menari. Naim ni nampak macam innocent, tapi punya lah teruk perangai dia. suka clubbing. Perempuan ni tak usah cerita. Stok girlfriend dia dah masuk tiga treler kot. Ayat dia memang power. Don Juan pun kalah. Kalau dia cakap sekali jer ngan pompuan, dah confirm pompuan tu akan ikut dia. ke mana tak pulak dia cerita. Ayat apa yg dia pakai entah lah. Tak kisah lah Naim. Asalkn kau tak kacau hidup aku yg tengah aman tenteram ni.

Mereka berjalan seiringan menuju ke bahagian pakaian lelaki. Selepas ke pasar malam tadi dia mengajak Naim ke Jaya Jusco. Nak beli baju katanya. Minggu depan nak ke seminar di Pulau Pinang. Selalunya mereka lebih suka shopping di Sogo atau di KLCC saja. Dah terlanjur ke pasar malam berhampiran dia ajak terus Naim ke sini. Naim ni, mulutnya memang becok. Tetapi taste dia boleh tahan. Macam personal advisor la tuk imej dia. Naim mengambil beberapa helai kemeja yg pelbagai corak dan warna. Baju itu di letakkan di hadapan, supaya senang dia nak memilih yg mana berkenan di mata. Dalam kesibukan memilih matanya toleh pada satu suara lunak yg bertanya dia dan Naim.

“Nak saiz berapa encik?,” gadis itu menyoalnya lagi untuk kali ke dua. Gadis itu! Argh! Dia! manis! Matanya tidak berkedip merenung si gadis berambut panjang melepasi bahu. Rambutnya yg lurus diikat kemas.

“Fiz! Hang ni pasai apa?,” jerkah Naim betul-betul di telinganya. Hafiz terkejut. Wajahnya pucat. Dia jadi kalut. Mengambil baju kemeja jalur ungu dan terus masuk ke dalam fitting room.

Air teh tarik diteguk sampai tinggal setengah. Nasi kandar berlaukkan kari ikan bawal sudah hampir cerah di pinggan. Naim dan nasi kandar. Macam irama dan lagu. Macam romeo dan juliet. Macam… macam…. Macam macam la. Dia renung wajah Hafiz.

“Awat hang tak cakap nak kenal dengan girl tadi?,” Naim menyorot wajahnya dengan renungan yg penuh perasaan. Ada marah, ada geram, ada simpati. Kenapa lah mamat sehandsome Hafiz ni tak di anugerahkan jiwa romantis seperti dia. Pandai mengayat, pandai mengorat, pandai ambik hati perempuan. Segalanya dia pandai.

“Aku segan lah. Selalu dalam LRT aku curi-curi pandang je masa dia tengah layan novel kesukaan dia tu,” Hafiz mengatur kata satu-satu. Dia betul-betul terkejut ketika menatap wajah Syazrin. Mujur dia sempat lihat tag nama gadis itu.

“Teruk lah hang ni. Girl macam tu pun hang tak boleh nak tackle. Baik aku aja yg tackle. Boleh?,” Naim sudah buat muka toya. Mengada-ngada!

“Kepala hotak kau! Senang-senang nak ngorat gadis pujaan aku,” dia angin tiba-tiba. Mau melayang penampar sulung kalau Naim sungguh-sungguh dengan hasratnya nan itu. Tackle perempuan lain dia tak heran, jangan pulak nak sentuh gadis itu.

Friday, August 7, 2009

Kerana Kau Mata Hatiku

Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm…sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!
Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga…siapa tahu.
Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam…masin… manis…semua ada!
Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa… seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.
Memang tidak disangkal, lukisan-lukisan nya semua tampak hidup. Cantik! Tapi apa yang dipelikkan? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan. Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.
Apa istimewanya lelaki ini? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian? Tapi serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda itu terlalu kacak, pastinya dia hanya mendapat perhatian gadis-gadis saja. Namun kini bukan saja para gadis, ‘mak-mak’ dan ‘bapa-bapa’ juga turut setia melihat.
Takkan orang KL tak pernah tengok orang melukis potret??? Ada baca ayat ‘guna-guna’ ke??? Alamak…terlebih sudah! Hehehe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya yang hampir sempurna siap.
Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaanya, hatiku ini tidak akan puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini.Esok aku akan datang lagi…
***
“Lewat kau balik, Wan?” Hadi yang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa perkakas lukisan ditangan turun membantu.
“Hmm…ramai sangat pelanggan tadi. Tak menang tangan aku…” Ikhwan menghela nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.
“Yeke? Alhamdulillah…murah rezeki kau, Wan.” Hisyam yang sedang leka menonton drama Impak Maksima, menyampuk.
“Alhamdulillah. Aku pun tak sangka di bandar besar macam ni masih ada rezeki menanti untuk orang macam aku ni.” Wajah Ikhwan berubah mendung.
Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati. Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.
“ Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada dan Qadha nya.” Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah mengangguk tanda mengiyakan.
Ikhwan seyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik…di masa senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.
“Aku tahu. Terima kasih Hadi…Syam.”
Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.
***
Masjid India, 10 pagi…
Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam.
Dari jauh sudah kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis jalanan itu. .Hmm! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma ia tidaklah seramai semalam. Mungkin hari masih awal.
Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yang ‘istimewa’ tentangnya kerana semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan. Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia???
***
Masjid India, 10 malam…
Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menati si dia. Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah aku membuat kerja segila ini!
Untuk mendekatinya terus serasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan ‘pelanggan-pelanggannya.’ Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia selesai melakukan ‘tugasnya’ untuk malam itu.
Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi ku yang tertangguh kelmarin.
“Encik, boleh tolong lukiskan potret saya?” Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin mengumpanya bersembang denganku.
“Maaf, cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye.” Dia tidak memandangku. Tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku. Ape…tak cantik ke aku ni?!
Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak! Matanya…keningnya… hidungnya…mulutnya… semuanya cantik terbentuk.
Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang, aku kembali ke alam nyata.
“Encik, tolonglah. Satu potret je.” Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat mengenalnya dengan lebih dekat.
Panas hati ku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat tidak tahu!
Tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang ditangannya dengan kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku tergamam sendiri dengan sikapku yang tiba-tiba itu. Namun,dia dengan selamba tunduk mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi….
Aku terperanjat apabila tangannya teraba-raba mencari dan mengutip berus-berus yang jatuh tadi. Aksinya seolah-olah dia tidak nampak di mana kedudukan berus lukisan tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan perbuatannya.
“ Kenapa? Terkejut? Tak sangka?” Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku.
“Err…awak…” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku….
“Ya! Saya buta. Puas?” Aku terperanjat dengan kenyatan yang diberikan.
“Tapi…” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.
“Kuasa Allah. Segala yang diberikan adalah kurniaanNya yang tak ternilai…” Dengan perlahan dia mengungkapkan kata-kata itu yang menusuk ke jantung hatiku.
Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dengan mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yang dilukis. Dalam diam, aku mengagumi dirinya.
***
Dua tahun kemudian…
“Ikhwan…Suri nak tanya cikit boleh?” Aku memberanikan diri bertanya.
“Hahaha..sejak bila pulak kalau Suri nak tanya, Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan? Tanya aje lah…” Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.
“Emm… kalau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dengan Suri tak?” Aku memandang tepat ke matanya. Matanya celik namun siapa sangka pemuda kacak ini tidak cukup satu pacaindera yang tak ternilai harganya..
Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.
“ Wan, Suri tak main-main…” Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.
“Suri, Suri sendiri tahu Wan ni macam mana. Wan tidak sesempurna orang lain. Wan tak layak bergandingan dengan Suri. Wan buuu…” Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.
Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yang telah tersurat oleh Allah kepadaku.
“Hmm…” Ikhwan mengeluh panjang.“Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan akan mengawini Suri. Ini janji Wan!” Ayat terakhirnya benar-benar menbuat hatiku berlagu riang.
Aku akan nantikan saat itu…
***
Suatu pagi…
“Hello, Suri.” Awal pagi itu aku mendapat panggilan dari Ikhwan.
“Wan, kenapa ni tiba-tiba aje call?” Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari ini.
“Good news! Tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula…” Suaranya kedengaran begitu ceria.
“ Betul ke ni?” Aku sungguh gembira dengan berita yang disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.
“ Iye, sayang. Minggu depan operation .” Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak sabar lagi melihat dunianya kembali.
***
Sebulan kemudian…
“Suri! Kenapa Suri cuba jauhkan diri dari Wan?” Walaupun hanya berbual melalui telefon, suaranya jelas kedengaran tegang.
Ya! Selepas Wan mendapat ‘mata barunya’, aku sudah tidak menghubunginya lagi mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik pembedahan. Sengaja igin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.
“Suri…cakaplah. Kenapa diam? Suri tak suka Wan dapat melihat semula?” Aku diam. Tiada kata yang mampu ku ungkapan.
“ Suri..kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup untuk tidak melihat selama-lamanya asalkan Suri tak jauhkan diri dari Wan.” Nada suara Ikhwan berubah kecewa.
Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yang kedengaran. Bukan aku tidak mahu bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yang harus ku sembunyikan dari pengetahuannya.
“ Wan nak tatap wajah ‘mata hati’ Wan ni. Dan… Wan nak kabulkan janji Wan dulu pada Suri. Kita jumpa, ok?” ‘Mata hati?’ Aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut Ikhwan itu.
***
Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu. Di sini jugalah tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah reaksinya nanti apabila melihatku?
Ikhwan sampai tepat pada masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan bersama Suri, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada mahu terus ke sana atau menanti saja Suri di tempatanya berdiri.
Jantung aku pula tiba-tiba saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti Ikhwan sudah berada dekat dengan diri ini.
Entah mengapa tiba-tiba saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah di mana gadis buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.
Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur. “Err…maafkan saya Cik. Cik dah lama ke duduk dekat sini?” Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik! Sudah lama dia tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi itu.
“Ikhwan??? Awak Ikhwan kan?” Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.
“Ya..saya Ikhwan tapi macam mana…” Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya,gadis buta itu bersuara lagi.
“ Sebab saya Su..Suri…” Menggeletar aku menyebut namaku sendiri.
Adakah lelaki dihadapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yang dilihatnya itu adalah aku? Bagaimanakah reaksinya? Sayangnya aku tidak mampu melihat.
“Suri??? Betul ke awak ni Suri? Ikhwan tahu Suri dulu tak macam ni kan?” Agakkan ku tepat sekali. Ikhwan benar-benar terkejut.
Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerimaku seperti dulu? Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku? Aku pasrah andainya dia tidak mampu menerimaku seperti dulu. Aku terima takdirNya andainya dia bukan untukku lagi.
“Ya Allah…Suri, kenapa Suri sanggup buat ini semua? Kenapa Suri?” Ikhwan memegang bahuku dengan kedua belah tangannya. Kuat!
“Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saje demi cinta kita ni. Dan paling penting, Suri nak tengok Wan melihat semula. Walaupun Suri tak dapat melihatnya tapi Suri gembira.” Aku senyum.
“Suri nak tengok Wan melihat semula tapi Suri…” Suara Ikhwan kedengaran sedih. Benar-benar menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat ditelingaku.
Tanganku meraba-raba wajah kacak milik Ikhwan. Walaupun aku tidak boleh melihat lagi tapi aku tahu dia tetap lelaki paling kacak yang menghuni hatiku ini. Wajahnya basah. Ya! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata milikku kepada putera hatiku ini tapi hatiku benar-benar terkilan kerana telah menyebabkan air mata lelakinya tumpah.
“ Suri, Suri tahu tak pancaindera yang satu ini penting sangat? Suri tahu tak betapa besarnya pengorbanan yang Suri dah buat ni?” Ikhwan menyeka air mataku. Mata-mata yang melihat langsung tidak dipedulikan.
“Suri tak perlukan lagi…” Pendek aku menjawab.
“ Tapi kenapa?” Suara Ikhwan kedengaran terkejut.
“Sebab… Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa getaran melaluinya” Aku senyum lagi.
Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tangan Ikhwan semakin kejap pada tanganku. Terasa diri ini teramat dekat dengan dirinya.
“Suri..” Ikhwan memalingkan tubuhku mengadapnya.
“Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan? Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya…” Kata-katanya lembut menusuk terus ke jantungku.
Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu-satunya ayat keramat yang aku tunggu-tunggu selama ini.
Terima kasih Tuhan kerana menemukan diriku dengan lelaki ini. Aku yakin dialah jodohku kerana Kaulah mata hatiku. Selama-lamanya…


Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Fazila Haryatie Wahab.

Kajian Transformasi Nelayan di Pulau Langkawi

Ahli kumpulan semasa menjalankan soal selidik.








Kat Jeti Langkawi



Yang ni tak tau lah buat apa entah. Hehehe





Wednesday, August 5, 2009

Majlis Perwakilan Pelajar 07/08







Ini adalah gambar-gambar masa aku mejadi wakil pelajar di Universiti Sains Malaysia. Di sinilah aku banyak belajar mengenai tugas sebagai seorang pemimpin. Di sinilah aku belajar bagaimana nak menguruskan hidup aku. Di sinilah berlaku suka duka aku menjadi pelajar dan juga pemimpin. Di sinilah bermulanya segalanya...Di sinilah aku tahu macam mana susahnya apabila diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Sesungguhnya aku sangat bersukur kerana aku diberi peluang untuk belajar sesuatu yang baru dalam hidup aku. Dalam MPP inilah aku tahu apa itu tanggungjawab.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan aku terutamanya kepada Che Mat, Nurul, Lela, Zakiah, Amirul, Rama, Azhar dan lain-lain aku nak ucapkan terima kasihlah kat korang semua yang banyak bantu aku mengharungi cabaran ini. Sesungguhnya aku tersangatlah gembira.

Malam Citra Kasih

Ini lah jejaka tampan USM. Yang pakai topi tu merupakan pengarah projek Malam Citra Kasih ini. Terima kasih Amirul...





Ini pulak gambar aku bersama junior-junior yang comel-comel.



Yang ini pulak adalah roomet aku yang paling cun.


Malam Citra kasih ini dibuat di Hotel Gurney. Malam ini merupakan malam terakhir aku sebagai seorang rakyat suksis di mana pada malam ini merupakan malam aku yang paling bertuah sebab aku dapat banyak hadiah. Syokny......Tapi agak menyedihkan kerana aku bakal menjadi super senior dah. Jadi mantan dah....huhuhu........Tapi bile fikir-fikir balikkan, tak sangka cepatnya waktu tu berlalu kan. Rasa cam baru semalam je aku jadi junoir...hehehehehe