Monday, May 25, 2009

Kenangan di Sarajevo, Bosnia.















Gambar-gambar ni adalah kenangan aku di Sarajevo, Bosnia. Aku adalah antara pelajar yang terpilih untuk pergi ke sana. Alhamdulilah....rezeki aku kan dapat pi sana.
Bila aku kata kat orang yang aku pi sana semua ketawakan aku...dia orang pelik kenapa aku pi sana sedangkan sana bukan tempat melancung. Sebenarnya aku pi sana bukan melancong tapi USM hantar ke sana kerana kat sana ada program 'Human Right'. Dari Malaysia yang hantar pelajar ke sana ialah USM dan UKM.
Best tau dapat melawat negara orang. Banyak yang dapat dipelajari dan banyak pengalaman yang aku dapat. Kawan-kawan pun ramai jugak. Apabila berada kat sanakan baru aku rasa betapa bersyukurnya aku dilahirkan di Malaysia ni. So kita kena berbangga tau jadi rakyat Malaysia ni. Kalau korang nak tau, Tun Dr Mahathir kita tu kan dia ada bina masjid n universiti kat Sarajevo kat sana dengan duit dia tau. Sebab tu Tun memang glamour kat sana. Sampaikan masa kita org kat sana pun, bila kite orang kata kita orang dari Malaysia kan dia orang kata 'OOohhhhh Mahathir...' aaahhh cam tu lah. Betapa glamournya Malaysia kat sana.
Masa kat sana kan...makanannya semuanya berasaskan roti...bayangkanlah...mcm mana aku nak makan setiap hari. Masa tu Tuhan jelah tahu betapa aku ni nak makan nasi....Lapar nasi...hehehehe...maklumlah kita kat sini setiap hari makan nasi jadi bile tak dapat nasi satu hari tu cam tak kenyang je rasanya. Aku ni pulak suka makan pedas. Kat sana pulak orang tak makan pedas2 ni. So aku bubuhlah lada sulah banyak-banyak kasi selera sikit aku nak makan. Kalu tidak memang tak boleh nam makan aku kat sana. masa kita orang dapat pi rumah duta Malaysia kat sanakan....memang berdoa sangat-sangat dapat makan nasi....on the way nak pi tu kan kite orang semua berdoa je...hehehe
Alhamdulilah...apabila sampai kat rumah duta tu dapat makan nasi. Masa makan tu memang senyap semua sebab menikmati nasi...hehehe. ayam masak pedas...huhuhu....sedapnya makan. kita orang bawa 2 orang student Bosnia iaitu Aida n Haris. kita orang bagi dia makan ayam pedas tau....merah2 muka dia orang berdua makan sambal....baru dia tau betapa berapinya makanan Malaysia...hehehe...
Nantilah aku samb cite lagi ya....bye. Penatlah menaip...huhuhu...




Hari Guru di SMKDMYS

Gambar guru-guru di SMKDMYS

Kenangan di SMKDMYS


Kalau korang nak tau banyaknya kenangan aku kat sekolah ni tau. Kat sekolah ni lah aku buat latihan induksi kendiri pada 4 Mei sampai 4 Jun 2009. Sekolah inilah yang bantu aku masuk ke Usm. kat sekolah ni lah aku belajar dulu. Kat sekolah ni lah aku baru jadi pelajar yang rajin sikit nak belajar. Semuanya kat sekolah ni.........

Masa aku buat orientasi ari tu kan.....ari pertama kat sekolah tu aku rasa janggal giler bila student2 kat situ panggil aku cikgu. Sebab rasanya cam tak layak lagi je nak jadi guru. Tapi dalam hati aku tu kan aku memamg suka bile student panggil aku cikgu sebab aku memang bercita-cita nak jadi cikgu. Ari pertama kat sekolah tu je mcm2 yang aku rasa. yalah dulu aku sebagai student tapi ari tu aku datang sebagai guru. Bayangkanlah mcm mana aku nak menyesuaikan diri kat sekolah tu...makan pun kat kafe yang ada guru-guru. Dulu masa aku student nak makan kena berebut-rebut tapi kali ni aku makan dengan penuh bergaya....hehehe...maklumlah cikgu kan. aku tengok cikgu-cikgu kat situ ramai yang cantik-cantik...walaupun kat sekolah aku tu kat kawasan luar bandar tapi guru-guru kat situ semuanya ikut etika berpakaian...kira baguslah sekolah ni kan. so aku pun kenalah ikut etika berpakaian seorang gurukan...hehehe....

Tapi apa yang aku nak berkongsi kat sini ialah aku nak bagi tau apa yang aku rasa bila aku berpeluang menjadi guru sekejap. Kalau korang nak tau guru-guru kat sekolah tu kan aku tengok banyanya kerja dia. bukan je mengajar, tapi mcm2 nak diuruskan. kadang-kadang tu aku tengok kesian pulak kat cikgu-cikgu ni. mentor aku kat sekolah tu cikgu Haliza. Cikgu Haliza ni kan boleh dikatakan sebagai guru yang sibuk sangat-sangat. Kesian kat dia...aku nak tolong pun aku tolong mana yang mampu je lah. Maklumlah aku ni kan masih diperingkat belajar lagi. masih Tak profesional mcm cikgu aku tu. Tapi aku sukalah cara dia sebab dia buat kerja pantas dan seba boleh. kalau korang nak tau Cikgu Haliza pun pelajar USM jugak tau. So aku memang berbanggalah sebab dari Universiti yang sama ngan aku. Nanti kalau aku jadi guru yang sebenar pun aku akan cuba menjadi orang yang paling rajin. Hehehehe......

Kalau korang nak tau kat sekolah kan ada mcm2 perangai pelajar ni tau....sebenarnya aku rasa pelajar-pelajar ni tak lah jahat-jahat sangat pun. Cuma dia orang ni nakal je....nak kan perhatian kita...kalaubetul cara pendekatan kita tu maka mereka pun akan baik dengan kita. Tapi janganlah terlampau baik sangat ngan pelajar ni sebab nanti takut dia tak rasa kita ni cikgu dia pulakkan. Tapi apa pun kita kena pandailah menyesuaikan diri.

Kepada kawan-kawan yang sealiran dengan aku....aku harap korang semua akan bersemangat mcm aku jugak ya...kita jadi guru yang paling bagus dan bermati-matian didik anak bangsa kita jadi manusia yang berguna. Kita kena ingat bahawa tugas guru ni berat. Jadi kite kenalah ikhlas semasa buat keje ni...




Ni aku bergambar dengan pelajar-pelajar 5 Bestari. Hari terakhir kat situ...huhuhu...


Dengan student di SMKDMYS........


Sebenarnya aku ada banyak cerita nak kongsi dengan korang semua....sampai tak tertulis dah ni. Kat sini aku nak ucapkan terima kasihlah kepada semua guru-guru di SMKDMYS yang telah banyak membantu aku menimba pengalaman sebagai seorang guru. Banyak yang aku dah belajar kat sekolah ni dengan bantuan semua guru-guru kat situ. Insyaallah segala yang aku belajar tu akan aku gunakan untuk aku menjadi seorang guru kelak. Amin.........

Budak2 geografi


Gambar ni di ambil masa hari last tutorial kelas Dr. Zohir.

Kalau semua nak tahu ni laha gambar-gambar bakal guru-guru Geografi yang dididik oleh Dr. Zohir...ni lah wajah-wajah baru yang bakal menjadi guru yang berwibawa dan bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa menjadi warga yang sayang kepada bumi dan menghargai alam sekitar. hehehe...

Kepada semua guru-guru geografi bersama-samalah kita melestarikan alam dengan melestarikan minda kita dan pelajar-pelajar kita kelak. hehehehe