Wednesday, August 5, 2009

Majlis Perwakilan Pelajar 07/08







Ini adalah gambar-gambar masa aku mejadi wakil pelajar di Universiti Sains Malaysia. Di sinilah aku banyak belajar mengenai tugas sebagai seorang pemimpin. Di sinilah aku belajar bagaimana nak menguruskan hidup aku. Di sinilah berlaku suka duka aku menjadi pelajar dan juga pemimpin. Di sinilah bermulanya segalanya...Di sinilah aku tahu macam mana susahnya apabila diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Sesungguhnya aku sangat bersukur kerana aku diberi peluang untuk belajar sesuatu yang baru dalam hidup aku. Dalam MPP inilah aku tahu apa itu tanggungjawab.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan aku terutamanya kepada Che Mat, Nurul, Lela, Zakiah, Amirul, Rama, Azhar dan lain-lain aku nak ucapkan terima kasihlah kat korang semua yang banyak bantu aku mengharungi cabaran ini. Sesungguhnya aku tersangatlah gembira.

Malam Citra Kasih

Ini lah jejaka tampan USM. Yang pakai topi tu merupakan pengarah projek Malam Citra Kasih ini. Terima kasih Amirul...





Ini pulak gambar aku bersama junior-junior yang comel-comel.



Yang ini pulak adalah roomet aku yang paling cun.


Malam Citra kasih ini dibuat di Hotel Gurney. Malam ini merupakan malam terakhir aku sebagai seorang rakyat suksis di mana pada malam ini merupakan malam aku yang paling bertuah sebab aku dapat banyak hadiah. Syokny......Tapi agak menyedihkan kerana aku bakal menjadi super senior dah. Jadi mantan dah....huhuhu........Tapi bile fikir-fikir balikkan, tak sangka cepatnya waktu tu berlalu kan. Rasa cam baru semalam je aku jadi junoir...hehehehehe

Geomorfolgi dan Hidrologi

Berikut merupakan memori aku bersama kawan-kawan masa buat kajian kat sungai relau.


Ini adalah kawasan tempat kami mengambil sample air sungai






Ini adalah sewaktu menjalankan kerja walaupun nampak tak serius tapi kumpulan kami dapat A tau. hahaha...



Ini aktiviti tambahan iaitu nak simpan kerang kat dalam air sungai. Hehehehe




Gambar ni masa aku buat kerja kat makmal hidrologi.


Ini gambar waktu malam masa kat sg. relau.


Aktiviti santai kami...




Ini masa ambil suhu air sungai.
Untuk pengetahuan semua, kajian ke atas sungai relau yang dilakukan oleh kumpulan kami ini adalah pada masa kami berada di tahun 3 di Universiti Sains Malaysia. Buat kajian ni walaupun agak rumit tetapi amat mengembirakan sebab satu pengalaman baru dalam membuat kajian.





13 Tips Tanda Anda Jatuh Cinta

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Tips ni aku ambil daripada blog tentang cinta. jika anda rasa nanktambah boleh je bagi tau kat aku ya.Nanti aku tambah.